Jakel…Malaysia’s largest textile retailer with the best and most extensive fabrics collections for all your needs since 1985.

IDEA BAJU KAHWIN UNTUK HARI BAHAGIA ANDA

Antara perkara penting sewaktu majlis pernikahan tak lain tak bukan mestilah pemilihan baju pengantin. Setiap pasangan pasti mempunyai jenis busana yang diimpikan yang tersendiri. Sesetengah bakal pengantin lebih gemar untuk menempah mengikut citarasa yang tersendiri namun ada juga yang suka menyewa atau membeli yang sedia ada. Yang paling penting, motif utama mestilah untuk tampil cantik dan menawan di hari bahagia!

Sebenarnya tidak mudah untuk mencari busana yang sesuai dengan kehendak kita. Kadang-kadang kita juga tak pasti nak pilih rekaan dan warna yang macam mana. Adakah busana tersebut sesuai untuk bentuk badan dan tona kulit kita?

Tapi anda semua tak perlu risau. Jom kita bantu!

BAJU KURUNG

Warna putih acap kali menjadi pilihan utama para pengantin untuk digayakan pada hari pernikahan. Bagi bakal pengantin yang gemarkan busana yang ringkas namun masih tampak anggun, anda boleh memilih baju kurung berona putih dengan perincian sulaman yang tidak terlalu sarat. Selalunya, gaya yang ringkas ini akan membuatkan anda kelihatan lebih anggun dan elegan tau! Bak kata orang, lebih ringkas lebih menawan!

Bagi pengantin lelaki pula, sarungkan sahaja baju melayu berona putih yang sedondon warna dengan pengantin perempuan. Tidak kisah baju melayu jenis cekak musang atau teluk belanga, kedua-duanya mempunyai keunikan yang tersendiri. Bagi pemilihan warna samping pula, anda boleh padankan dengan samping berwarna lembut.

SONGKET

Fabrik yang tidak pernah lapuk dek zaman, kain songket. Zaman sekarang, ada pelbagai jenis busana pengantin dari rekaan moden, kontemporari, tradisional dan banyak lagi. Namun begitu, persalinan baju songket masih lagi relevan dan menjadi pilihan rata-rata bakal pengantin dalam pemilihan pakaian nikah.

Baju songket masih menjadi pilihan utama kerana ianya masih menonjolkan tradisi di samping memberikan efek kemelayuan dan klasik kepada si pemakai. Selalunya kain songket ini dijadikan sebagai baju kurung. Ringkas namun masih kelihatan mewah.

Akhir sekali, pastikan anda membuat kajian dengan menyeluruh tentang jenis rekaan busana agar mudah untuk anda memilih dan membuat keputusan tentang jenis rekaan yang sesuai dengan susuk tubuh anda!