Mencari padanan pakaian yang serba boleh digunakan dan bergaya tidak memerlukan koleksi pakaian yang pelbagai. Sebaliknya, hanya perlu memiliki barang-barang yang sentiasa relevan dan tahan lama.
Kemeja Putih:
Kemeja putih adalah pakaian asas yang wajib dimiliki oleh semua lelaki. Kemeja ini sesuai untuk dipakai sama ada dengan sut untuk majlis formal atau dipadankan dengan jeans untuk gaya yang lebih santai. Kemeja putih memberikan penampilan yang lebih bersih dan kemas!
Kemeja Batik:
Kemeja batik antara design kemeja yang sering dipakai ke majlis-majlis atau pejabat. Dapat kita lihat kemeja batik sering digayakan ke majlis kenduri atau rumah terbuka kerana coraknya yang lebih klasik tetapi masih kelihatan presentable. Tidak semestinya hanya untuk gaya formal, kemeja batik juga boleh dipakai untuk gaya santai! Anda boleh padankan dengan jeans atau jadikan kemeja batik sebagai outerwear untuk kelihatan lebih bergaya!
Kemeja Butang-Down yang Klasik:
Kemeja butang-down klasik adalah asas pakaian serbaguna untuk digayakan ke pelbagai acara, sama ada santai atau formal. Pilih kemeja putih atau biru muda dalam fabrik cotton yang berkualiti tinggi dengan potongan yang sesuai untuk memberikan penampilan yang lebih kemas. Padankan dengan jeans untuk gaya hujung minggu yang santai atau padankan dengan seluar slack untuk penampilan yang lebih formal!
Jam Tangan:
Jam tangan yang bergaya adalah aksesori utama yang menambahkan gaya pada penampilan anda. Sama ada anda lebih suka reka bentuk stainless steel klasik, tali kulit yang licin, atau kronograf yang sporty, pelaburkan dalam jam tangan dapat mencerminkan gaya peribadi anda dan melengkapi pakaian anda. Jam tangan yang berkualiti bukan sahaja merupakan pelaburan praktikal tetapi juga aksesori yang tahan lama yang meningkatkan nilai estetika untuk keseluruhan gaya.
Seluar Jeans:
Seluar jeans merupakan pakaian santai yang serba boleh dan mudah untuk dipadankan dengan pelbagai jenis baju. Pilih potongan yang sesuai dengan bentuk badan anda dan boleh dipadankan dengan pelbagai jenis gaya daripada t-shirt dan kasut sneakers untuk gaya santai hingga kemeja dan loafer untuk penampilan yang lebih bergaya.
Sweater Serba Boleh:
Sweater antara pakaian santai yang selesa dan mudah untuk digayakan. Pilih sweater yang berleher bulat atau berleher V dan pastikan warna yang dipilih adalah warna-warna neutral seperti navy, kelabu atau hitam yang boleh dipadankan dengan jeans, chinos, atau seluar berbentuk untuk pelbagai gaya.
Jakel sedang mengadakan promosi Pra-Ramadan dengan diskaun sehingga 85% untuk pelbagai koleksi Aidilfitri. Jemput datang ke cawangan Jakel yang berdekatan dengan anda untuk dapatkan koleksi pakaian terbaru Aidilfitri dengan harga yang lebih berpatutan! Ingat kain, ingat Jakel.