Jakel…Malaysia’s largest textile retailer with the best and most extensive fabrics collections for all your needs since 1985.

5 Idea Warna Tema Baju Raya 2023

Pastinya ramai dalam kalangan kita menunggu dan masih memikirkan idea warna tema  baju raya tahun 2023. Yang sudah berkeluarga, pastinya mencari baju sedondon. Yang berpasangan juga pastinya mencari warna baju yang bersesuaian untuk kedua-dua pasangan. Bagaimana kali ini penulis membincangkan 5 warna tema baju raya 2023 melalui artikel ini.

Agensi ramalan WGSN dengan kolaborasi bersama COLORO telah mengeluarkan ramalan idea warna yang bakal popular menjelang tahun 2023.

Yang pasti, idea 5 warna tema baju kurung atau baju raya ini akan memudahkan anda untuk membuat keputusan. Ramalan ini telah dibuat dengan mengambil kira efek krisis kesihatan yang telah melanda. Kelima-lima warna ini menekankan konsep positif, ketenangan dan kesembuhan.

1) Digital Lavender

Digital lavender merupakan color yang telah dipilih sebagai warna utama tahun 2023. Ia mewakili kesihatan dan mempunyai kesan penstabilan dan pengimbangan kesihatan mental. Pasti kelihatan lebih menawan jika dipakai ketika beraya mahupun kenduri kendara.

Wow, cantik sungguh warna digital lavender ni! Terdapat 5 jenis ton untuk dipilih dari warna keunguan yang paling cair hingga ke pekat. Warna yang paling cair ialah Enchanted 2070-50, kemudian Heather Plum 1396 dan seterusnya Charm Violet 1398. Warna yang sedikit pekat antara kesemua tadi ialah Seduction 1399 dan paling pekat Purplicious CSP-465. Kesemua warnanya nampak elegan dan menarik. Anda pasti terpikat untuk menjadikan warna Digital Lavender sebagai tema warna baju raya 2023.

2) Sundial

Jika anda ialah peminat warna oren atau coklat, tema warna baju raya 2023 anda pasti salah satu daripada ton dalam ni. Warna-warna dalam Sundial lebih nampak natural dan sesuai untuk semua warna kulit. Jika anda meminati oren keemasan Tangelo 2017-30 paling sesuai dengan anda. Bagi yang suka warna pastel, anda boleh memilih August Morning 2156-40 yang lebih lembut ala-ala warna krim. Kalau nak lebih cair, anda ada pilihan Honeybell 145.

Kalau anda lebih suka warna coklat ada dua pilihan dalam ton Sundial iaitu Golden Harvest 2157-20 yang lebih pekat daripada Tangelo 2017-30. Manakala, coklat yang paling gelap ialah English Ochre CW-290. Ah, mana satu pilihan hati?

warna tema baju raya 2023

3) Luscious Red

Siapa yang suka warna merah? Kod-kod dalam Luscious Red cantik-cantik belaka. Nampak seksi dan berani untuk dijadikan tema warna baju raya 2023 anda. Nak tahu apa warna-warnanya? Warna merah yang paling terang ialah Vermilion 2002-10. Warna yang seakan-akan maroon atau merah pekat ialah Caliente AF-290.

Jika anda suka warna yang terang tapi sedikit pudar, kod Watermelon Red 2087-20 paling sesuai untuk anda. Nampak menonjol tetapi dalam kadar yang sederhana. Warna Hot Tamale CSP-1155 pula lebih kepada warna cili merah. Nampak garang dan seksi. Apabila melihat kod warna Candy Cane Red 2079-10, penulis teringatkan gincu merah yang selalu dipakai oleh model-model antarabangsa.

warna tema baju raya 2023

4) Tranquil Blue

Antara ungu, coklat dan hijau, yang mana pilihan hati untuk tema warna baju raya 2023? Masih keliru sehingga tak dapat buat keputusan? Ketiga-tiga warna tu dah pernah pakai semasa raya tahun-tahun sebelumnya? Tak apa, tak jadi masalah. Apa kata cuba pula warna Tranquil Blue.

Warna-warna dalam kod ni amatlah sejuk mata memandang. Macam terasa memandang luar, pandang langit, pandang air tasik. Kita mula dari warna yang paling cair hingga ke pekat. Jika anda suka warna biru cair seperti ais, bolehlah pilih Saphire Ice 808. Jika nak warna langit yang cerah dan ceria, anda boleh pilih Blue Marguerite 2063-50. Serius cantik warna ni!

Kalau suka warna seakan-akan air tasik yang kebiruan, bolehlah cuba Nova Scotia Blue 796. Penulis suka warna-warna dusty, tentunya Blue Dragon 810 menjadi pilihan pertama. Warnanya sedikit pekat berbanding Nile Blue CSP-560.

warna tema baju raya 2023

5) Verdigiris

Verdigris ialah kombinasi warna biru dan hijau yang menghasilkan warna firus (turquoise). Dalam kod warna Verdigris terdapat 5 warna pilihan. Warna yang paling gelap seakan-akan warna daun pokok ialah Pine Green 2051-20. Jika nak cair sedikit tapi agak terang ialah Largo Teal 742. Ramai juga yang tertarik dengan warna hijau pudar atau dusty green, ton warnanya ialah Antiqued Aqua CSP-705. Ni salah satu warna kegemaran penulis.

Kalau minat warna hijau kekelabuan, kod Verdigris 685 sangat sesuai untuk tema warna baju raya 2023. Warna Newport Green 2050-30 lebih kehijauan tetapi masih ada ciri-ciri kekelabuannya.

warna tema baju raya 2023

5 warna yang dinobatkan oleh WGSN sebagai warna bakal popular pada tahun 2023. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan warna tema baju raya tahun 2023 dengan memilih baju-baju dari Jakel Online, Gedung tekstil terbesar di Malaysia.