Jakel…Malaysia’s largest textile retailer with the best and most extensive fabrics collections for all your needs since 1985.

Baju Melayu Rahmah di Jakel

Jakel telah mengambil langkah ke hadapan di dalam memperkenalkan baju melayu rahmah di dalam dunia fesyen. Menyahut seruan kerajaan, Jakel telah mengeluarkan menu rahmah Jakel di dalam list peragaan fesyen untuk hari raya Aidil Fitri yang bakal menjelma.

Menu rahmah yang diketengahkan oleh Jakel adalah berupa sepasang baju melayu slim fit dan juga sampin. Dengan harga mampu milik iaitu RM148, pelanggan boleh mendapatkan sepasang baju melayu Aaron Aziz atau Nabil Ahmad.

Jakel telah bersetuju untuk mengeluarkan 2 juta pasang baju melayu, iaitu masing-masing 1 juta bagi jenama Aaron Aziz dan juga 1 juta bagi jenama Nabil Ahmad setelah libat urus bersama dengan pihak kerajaan.

baju melayu rahmah
Sumber Utusan Malaysia

Koleksi baju melayu rahmah yang menampilkan Aaron Aziz dari Jakel direka dengan sentuhan moden tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional baju melayu. Antara ciri-ciri yang biasa disebutkan termasuk potongan bersih dan ramping, kolar berkancing dengan butang tersorok, butang logam bergambar, seluar slim-fit dengan kaki berkonik, pelbagai warna seperti tradisional hitam, putih, dan beige serta warna moden seperti burgundy dan biru navy, dan menggunakan bahan ringan dan selesa seperti Como Crepe. Jualan secara online boleh didapati melalui pautan ini.