Jakel…Malaysia’s largest textile retailer with the best and most extensive fabrics collections for all your needs since 1985.

4 sebab kenapa Jakel jadi tumpuan, No 3 pasti buat anda kejar Jakel untuk baju raya tahun 2023!

Hari raya yang akan kunjung tiba, membuatkan kita tak rasa sabar untuk membeli baju raya tahun 2023 baru untuk keluarga kita,apatah lagi baju raya sedondon dengan pasangan kita. Merasai sendiri pengalaman membeli baju raya dengan suasana dan dendangan lagu hari raya menggamit perasaan ketika membeli-belah. Sesungguhnya setiap pelanggan amat menitikberatkan suasana membeli yang super kondusif ketika membeli pakaian atau barangan keperluan, sama ada di kedai, super market mahupun hyper market. Bahkan laluan menuju ke kedai, supermarket dan hypermarket juga perlu dinilai. Apatah lagi dengan keluarga yang besar; mempunyai 5-7 anak yang perlu dibawa ketika membeli-belah, pastinya ibu bapa pening untuk memikirkannya.

Jakel membawakan anda di luar sana yang belum mengetahui cawangan-cawangan Jakel seluruh Malaysia, Jakel mempunyai sebanyak 22 cawangan seluruh Malaysia. Boleh rujuk di sini untuk cawangan-cawangan Jakel seluruh Malaysia.

jakel kuala lumpur
Ihsan Google : Jakel Kuala Lumpur

Coretan demi coretan oleh bloggers di seluruh Malaysia menceritakan pengalaman masing-masing membeli-belah. Kisah lucu dan menarik disajikan oleh bloggers ini. Masing-masing pernah membeli baju koleksi Jakel, ada yang membeli kain ela, dan ada yang mengejar lelong besar-besaran Jakel.

No 1 Baucar Raya Percuma

Coretan dari Puan Rodiah Amir, beliau menceritakan pengalaman beliau pada tahun 2019 ke Jakel Shah Alam dan sempat bersama-sama duta Jakel iaitu arwah Abam Bocey (bacakan Alfatihah untuk abam Bocey), Nabil Ahmad, Dato Aaron Aziz dan Ayda Jebat. Berlangsung ketika itu juga Jakel Shah Alam menawarkan baucar baju raya percuma sebanyak RM150 untuk 100 orang pertama.

baju raya 2023
Jual Pra-Ramadhan Jakel Shah Alam

No 2 Harga yang terlampau murah

Kisah dari Puan Anis Azalea, beliau membeli-belah di Jakel Ostia Bangi. Beliau mengatakan keadaan Jakel Bangi yang mempunyai parking yang berdekatan dengan Jakel dan juga percuma. Kebetulan pula beliau sedang sibuk membeli, ternampak pula kain songket yang sesuai untuk anak-anak beliau. Harganya pula murah sangat-sangat, RM 5.50 je!

No 3 Diskaun sehingga 85%

Siapa tak nak bila diberi diskaun sehingga 85%! Puan Ana Suhana ketika berada di Jakel Shah Alam, terkejut dengan diskaun yang begitu tidak boleh ditolak lagi. Kehadiran duta-duta Jakel ketika majlis, menghangatkan lagi sesi jual beli di Jakel Shah Alam

No 4 Cashback apabila membeli

Kisah menarik dari Puan Syazni Rahim, beliau menceritakan bagaimana beliau membeli baju raya di Jakel Senawang, dia terkejut dengan cashback yang beliau dapat dari Jakel Senawang. Dengan cashback yang beliau dapat, beliau dapat belanja anak beliau makan-makan. Kan saving namanya itu!

No 5 Baju Raya Sedondon di Bawah Satu Bumbung

Dah tak payah pening-pening nak cari baju raya sedondon untuk si suami, si isteri mahupun untuk anak-anak. Jakel ada semuanya untuk anda. Jadikan hari raya 2023 hari yang sungguh bermakna untuk anda semua.

baju raya sedondon

Apakah pada tahun 2023 nanti Jakel akan masih kekal menawarkan diskaun dan segala kelebihan seperti tahun-tahun yang lepas? Nantikan kemunculannya atau tuan puan boleh layari www.jakelonline.com untuk membeli baju raya tahun 2023 secara atas talian.