Siapa yang tak kenal pelakon terkenal Dato Aaron Aziz? Pelakon yang berasal dari Singapura dan sangat terkenal di Malaysia, dengan bermula filem pertamanya di Malaysia iaitu Evolusi KL Drift dan memegang watak “Joe”. Bukan sahaja filem di Malaysia sahaja Dato Aaron Aziz, bahkan filem di luar negara juga Dato Aaron Aziz membintanginya seperti Tik,Tik,Tik (filem Hindi) dan Undercover Punch and Go (filem Hong Kong).
Apa yang menarik mengenai Dato Aaron Aziz ialah kebolehan beliau menghayati setiap lakonan dan ini membawa beliau dilantik sebagai duta Jakel. Dengan penampilan yang maskulin, Dato Aaron memperagakan baju melayu Aaron Aziz dengan begitu segak.
Kalau kita cerita tentang kualiti baju melayu Aaron Aziz, blogger Anajingga ada ceritanya. Puan Ana menceritakan bagaimana beliau dapat baju melayu dari Jakel. Kualiti fabrik dari Jakel, tidak panas dan mudah digosok. Yang paling best sekali ialah apabila dah basuh baju melayu, warnanya tidak luntur dan masih kekal berseri.
Mungkin hujung tahun ini kita akan terima puluhan undangan perkahwinan dari sanak-saudara, rakan-rakan pejabat kita dan mungkin dari tok ketua kampung yang nak datang meminang kita ( serius ar ). Gaya mesti ada, jadi pastikan kita ada sepasang baju raya Dato Aaron Aziz. Jom kita tengok koleksi Baju Raya Aaron Aziz di sini.
Tapi tunggu dulu. Cukup ke dengan baju raya pada hari pertama? Cuba tengok dulu baju raya kurta lelaki keluaran Jakel. Tak cukup dengan Dato Aaron, Jakel menampilkan baju raya kurta lelaki versi Nabil Ahmad dan Hairul Azreen.
Dua nama yang cukup hebat di arena persada seni negara. Dua-dua mempunyai personaliti yang mengagungkan. Jakel bijak mengambil peluang ini dengan mempersembahkan koleksi Kurta Nabil Ahmad dan Kurta Hairul Azreen.
Kurta yang ringkas ini sesuai untuk mereka yang penat berhari raya pada hari pertama. Hari raya kedua penuh dengan jemputan, maka baju yang simple ini akan memudahkan si pemakai untuk bebas bergerak apatah lagi dengan anak-anak yang tak cukup tangan untuk menguruskan. Dan lagi, jika si pemakai sedang membawa kereta dengan jarak jauh untuk pulang ke kampung halaman, baju kurta ini sangat sesuai untuk dipadankan. Ringan, selesa dan tampak eksklusif ini sesuai untuk mereka berhari raya bersama-sama keluarga mahupun sahabat handai. Gandingkan dengan baju kurung moden keluaran Jakel, pastinya kelihatan lebih secocok jejaka dan si gadis.