Jakel…Malaysia’s largest textile retailer with the best and most extensive fabrics collections for all your needs since 1985.

Bergaya Dengan Selesa: Mencipta Koleksi Pakaian Hari Raya Dengan Fabrik Mewah

Bagi majoriti, Hari Raya adalah momen kebahagiaan dan merupakan hari penting untuk berkumpul bersama keluarga dan kawan-kawan. Selain itu, Hari Raya sering kali dihubungkan dengan pelaksanaan tradisi dan kebiasaan khas setiap keluarga atau masyarakat. Ini termasuk pelbagai persiapan makanan khas, pakaian tradisional, dan kegiatan bersama yang melestarikan identiti budaya.

Setiap kali Lebaran, semestinya kita tidak lari dari mencari pakaian baru. Ada yang suka sedondon bersama keluarga dan ada juga yang suka berwarna warni! Jadi kali ini, mari kita terokai fabrik mewah yang bukan sahaja berkualiti tinggi dan kelihatan ekslusif malah mampu memberikan keselesaan yang berpanjangan kepada si pemakai.

Dalam budaya masyarakat Melayu, terdapat pelbagai pakaian tradisi yang sering kita lihat digayakan, bukan sahaja ke majlis-majlis atau ketika hari Lebaran, tetapi juga ketika ke pejabat atau hari-hari biasa. Setiap pakaian tradisi memerlukan fabrik yang spesifik kerana reka bentuk pakaian yang berbeza. 

Untuk pakaian lelaki, tidak lain tidak bukan semestinya pakaian wajib untuk digayakan ketika hari lebaran iaitu Baju Melayu dan kurta. Manakala bagi para wanita mempunyai pelbagai jenis koleksi pakaian tradisi seperti baju kurung, kebaya, kurung kedah dan macam-macam lagi. 

Antara fabrik mewah yang sering menjadi pilihan adalah fabrik ‘Washable Silk’ kerana fabrik ini memberikan gaya mewah dan eksklusif kepada si pemakai. Selain itu, fabrik ini juga didatangi dengan pelbagai corak seperti corak floral, corak geometri dan corak abstrak. Material fabrik ini jenis lembut dan beralun jadi sangat sesuai dijadikan sebagai baju kurung dan baju kemeja juga untuk lelaki. 

Seperti yang kita tahu, busana tradisional bagi masyarakat Melayu mementingkan kesopanan sambil seimbangkan sentuhan moden bagi memancarkan pesona yang unik. Malah, pakaian tradisi kini seperti baju kurung juga telah diubah suai mengikut peredaran zaman dan sesuai dengan fesyen terkini.

Jika anda sedang mencari fabrik mewah untuk Hari Raya atau untuk dijadikan pakaian ke majlis-majlis, jemput singgah ke cawangan Jakel yang berdekatan dengan anda! Terdapat pelbagai pilihan kain baru yang pasti membuatkan anda rambang mata! Jemput singgah ke Jakel!