Jakel…Malaysia’s largest textile retailer with the best and most extensive fabrics collections for all your needs since 1985.

Bersatu Dalam Gaya: Pakaian Sedondon di Hari Raya

Hari lebaran merupakan perayaan yang penuh makna bagi seluruh penganut agama Islam. Sering kali kita lihat kebanyakan keluarga gemar untuk berpakaian sedondon di hari raya.

1. Warna Tradisional:

Warna-warna tradisional seperti hijau, biru, dan merah tetap menjadi pilihan utama. Pemilihan warna ini tidak hanya menghormati nilai-nilai budaya, tetapi juga memberikan nuansa kesucian dan keceriaan. Sering kita lihat kebanyakan keluarga gemar untuk bergaya sedondon satu keluarga untuk kelihatan lebih seragam.

2. Gaya Moden dalam Tradisi:

Walaupun mengikuti tradisi, pakaian sedondon juga merangkumi sentuhan gaya moden. Rekaan pakaian yang elegan dan terkini tetap diberi perhatian untuk menambah sentuhan baru dan unik kepada koleksi pakaian di hari Aidilfitri. Untuk para wanita selalunya mempunyai lebih banyak pilihan pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya, baju kurung Kedah dan lain-lain lagi.

3. Pilihan Busana untuk Semua Usia:

Pakaian sedondon daripada Jakel tidak terhad kepada dewasa sahaja, malah turut merangkumi pilihan busana untuk kanak-kanak dan remaja. Ini mencipta suasana keharmonian yang lebih lengkap di dalam keluarga.

Berpakaian sedondon semasa Hari Raya bukan hanya berkisar pada aspek gaya, tetapi juga memancarkan nilai-nilai kekeluargaan dan tradisi. Dengan memakai pakaian seragam, kita bukan sahaja merayakan kebersamaan keluarga, malah keindahan dalam perbezaan dan kepelbagaian. 

Jika anda sedang mencari pakaian sedondon untuk Aidilfitri, jemput singgah ke mana-mana cawangan Jakel yang berdekatan dengan anda harini. Jakel sedang mengadakan promosi sempena Flash Sale dengan potongan harga sehingga 85% untuk pelbagai koleksi Raya. Jangan lepaskan peluang kali ini. Jom beraya bersama Jakel!