Jakel…Malaysia’s largest textile retailer with the best and most extensive fabrics collections for all your needs since 1985.

Cara Menggayakan Pakaian Anda: Panduan Komprehensif

Gaya peribadi anda ialah merupakan satu bentuk ekspresi diri yang kuat, dan cara anda menggayakan sesuatu pakaian dapat mengekspresikan personaliti, mood dan kreativiti anda. Sama ada anda ingin bergaya untuk ke majlis-majlis khas atau hanya ingin memberikan sedikit kelainan pada gaya harian anda, panduan komprehensif ini akan membantu anda menguasai seni penggayaan pakaian!

Kenali Bentuk Tubuh Anda

Langkah pertama dalam mencari jenis pakaian yang sempurna adalah dengan memahami bentuk tubuh anda. Setiap orang memiliki bentuk tubuh yang berbeza, dan pakaian yang sesuai untuk satu orang mungkin tidak sesuai untuk yang lain. Jadi, kita perlu tahu jenis bentuk tubuh yang kita miliki sama ada bentuk buah pir (Pear shape), bentuk epal (apple shape), bentuk jam pasir (hourglass shape),  atau lain-lain. 

Pilih Warna dengan Bijak

Warna pakaian anda kenakan dapat memberi impak yang besar pada sesebuah penampilan. Pilih warna yang sesuai dengan warna kulit anda dan perhatikan bagaimana warna tersebut dapat melengkapkan gaya penampilan anda! Warna-warna neutral seperti hitam, putih, abu-abu, dan biru gelap merupakan “warna selamat” yang sering menjadi pilihan yang untuk penampilan yang elegan.

Aksesori yang Tepat

Aksesori dapat menjadi perhiasan tambahan untuk sesebuah penampilan. Pilih perhiasan seperti beg, kasut, dan selendang/hijab dengan bijak. Aksesori yang sesuai dapat memberikan penampilan yang lebih mewah dan anggun. Namun begitu, jangan terlalu banyak menggunakan aksesori agar penampilan kekal teratur. 

Ekspresikan Diri Anda Dengan Penuh Yakin

Perlu ingat bahawa gaya peribadi adalah mengenai ekspresi diri. Serlahkan personaliti anda melalui citarasa fesyen anda sendiri. Fesyen ialah satu bentuk seni yang perlu diterokai dan secara tidak langsung dapat menjadi satu bentuk identiti diri. 

Di Jakel, kami sentiasa menawarkan koleksi pakaian yang terkini sama ada pakaian tradisional mahupun pakaian kasual seperti blouse, baju kemeja dan lain-lain lagi. Jangan lupa singgah untuk beli belah di mana-mana cawangan Jakel yang berdekatan dengan anda! Ingat Kain, Ingat Jakel.