Jakel…Malaysia’s largest textile retailer with the best and most extensive fabrics collections for all your needs since 1985.

Fesyen Batik: Penerokaan Keanggunan Abadi

Fesyen Batik, corak yang indah yang mencerminkan budaya telah menjadi satu fenomena global. Corak batik sentiasa mendapat tempat di dalam negara dan di luar negara. Jom kita meneroka bagaimana perkembangan seni batik yang telah menerima suntikan moden sambil mengekalkan keaslian corak fabrik batik.

1. Batik Sebagai Pakaian Tradisional

Batik seringkali menjadi fabrik pilihan untuk digayakan terutama sekali ketika upacara kebudayaan. Namun begitu, selari dengan peredaran zaman, batik kini telah menjadi pakaian harian bagi kebanyakan penduduk di rantau asia.

2. Pengaruh Batik Terhadap Fesyen Global

Pengenalan batik kepada dunia fesyen antarabangsa dan adaptasi kepada fesyen tersebut pada peringkat awal sangat memberansangkan. Corak batik telah memberi inspirasi kepada pereka fesyen di seluruh dunia untuk mereka pakaian sesuai dengan budaya masing-masing menggunakan motif batik. Gabungan corak batik dengan trend fesyen terkini telah memberi impak kepada penggayakan batik di serata dunia.

3. Batik Di Layar Perak

Perwakilan batik dalam filem dan budaya pop merupakan salah satu sebab kenapa batik menjadi fesyen yang diikuti ramai. Detik fesyen ikonik yang memaparkan batik dalam filem dan rancangan televisyen.

4. Batik dan Landasan Komtemporari

Ramai pereka fesyen telah menggabungkan batik dalam pertunjukkan fesyen mereka kerana batik juga telah menjadi salah satu motif yang berjaya melengkapkan dan mencabar estetika fesyen komtemporari.

Batik, daripada pakaian tradisional ke landasan kontemporari melambangkan kebolehsuaian yang luar biasa sambil mengekalkan keunikan fabrik itu sendiri. Memandangkan batik terus menawan dunia fesyen dengan sejarahnya yang kaya dan corak yang klasik, ia mengingatkan kita tentang kepentingan memelihara warisan budaya sambil mengadaptasi dengan inovasi zaman moden.

P/S: Jakel sedang mengadakan promosi sehingga 15 Ogos 2023 sempena JAKEL Jumbo Sale. Promosi separuh harga daripada harga promosi diberikan kepada anda semua! Jadi, jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan singgah cawangan Jakel yang berdekatan.