Jakel…Malaysia’s largest textile retailer with the best and most extensive fabrics collections for all your needs since 1985.

Fesyen Fabrik Sulam: Mencerminkan Keanggunan, Tradisi dan Trend Moden

Fabrik sulam merupakan fabrik yang serba boleh dan boleh digunakan untuk mencipta pelbagai reka bentu pakaian yang mempunyai daya tarikan tersendiri. Pemilihan corak dan warna fabrik sulam akan mempengaruhi penampilan keseluruhan pakaian. Berikut adalah beberapa jenis pakaian yang sesuai untuk fabrik sulam:

1. Gaun Pengantin

Fabrik sulam sering kali menjadi pilihan bakal pengantin untuk dijadikan sebagai busana pada hari persandingan kerana coraknya yang lebih mewah dan memberikan efek “wow” kepada si pemakai. Warna yang sering menjadi pilihan selalunya warna putih namun warna-warna lain juga sesuai untuk dijadikan busana pengantin bergantung kepada konsep majlis itu sendiri.

2. Pakaian Prom

Selain daripada majlis perkahwinan, fabrik sulam juga menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai dress untuk menghadiri majlis-majlis rasmi. Sulaman dan manik-manik sebenarnya penting untuk memberikan efek anggun dan membuatkan si pemakai tampil lain daripada yang lain.

3. Pakaian Maxi Sulam

Untuk majlis separa formal, pakaian maxi sulam sering menjadi pilihan kerana rekaan dress yang lebih santai namun masih elegan ketika digayakan. Sulaman untuk dress yang lebih santai tidak perlu sarat, cukup dengan tambahan sulaman di bahagian kaki baju dan hujung lengan agar tidak kelihatan terlalu kosong dan ringkas.

Ingat bahawa pilihan sulaman, warna, dan gaya pakaian akan mempengaruhi keseluruhan penampilan busana anda. Pastikan anda memilih fabrik sulam yang sesuai dengan reka bentuk pakaian yang anda inginkan dan konsep majlis yang akan anda hadiri!