Jakel…Malaysia’s largest textile retailer with the best and most extensive fabrics collections for all your needs since 1985.

Jenis-jenis baju kurung di Malaysia

Paling best duduk di Malaysia adalah kerana kepelbagaian pakaian yang penuh dengan tradisi turun-temurun. Rata-rata penduduk berjantina wanita di Malaysia sinonim dengan baju kurung. Kalau kita tengok baju kurung ni, masing-masing ada motif yang tertentu. Asal reka bentuk baju kurung ini adalah bersifat ketat, namun setelah kedatangan Islam pada kurun ke 15, elemen Islam telah diterapkan dan bermulalah baju kurung yang longgar dan kelihatan lebih anggun. Kenali lebih lanjut jenis-jenis baju kurung di Malaysia; termasuklah baju kurung Pahang, baju kurung Kedah

Baju Kurung Pahang

baju kurung kedah

Ramai tertanya-tanya dari mana datangnya baju kurung Pahang yang menjadi sebutan ramai orang? Menurut sejarah, baju kurung ini hasil gabungan dua negara iaitu Pahang dan Riau. Pada bahagian leher berbentuk teluk belanga atau cekak musang. Penggayaannya kain selisih hadapan. Apa yang kita lihat ialah baju kurung Pahang mempunyai cutting di bahagian badan dan ianya tidak mempunyai kekek. Apa pula kekek? Kekek ialah jahitan untuk kepingan fabrik berbentuk retin, dicantum pada ketiak dan kelangkang seluar tertentu untuk memberi keselesaan semasa bergerak. Ia dicantum pada ketiak pakaian untuk tujuan memberi keselesaan pergerakan lengan. Pada bahagian hujung tangan, dibiarkan kembang seperti gambar di bawah.

baju kurung pahang irdina

Di dalam koleksi Jakel, ditampilkan koleksi baju kurung Pahang Irdina yang dibarisi 4 warna yang sungguh mengancam: Blue, Green, Lime dan Red.

Baju Kurung Kedah

Nama yang tidak asing lagi di dunia fesyen tempatan iaitu baju kurung Kedah. Bemula dari negeri jelapang padi Kedah, fesyen ini tlah merebak ke seluruh pelusuk Asia Tenggara. Pada asalnya baju ini hanya sekadar baju harian, namun baju ini telah mengalami evolusi dan kini si pemakainya nampak anggun tika berada di majlis keramaian, majlis perkahwinan ataupun hari raya.

baju kurung kedah ashena

Pada asalnya, dikatakan baju kurung Kedah ini mempunyai potongan yang agak ketat namun pada kurun ke-15 pada zaman pemerintahan kesultanan Melayu Melaka, baju kurung kedah telah mengalami perubahan iaitu baju kurung kedah menjadi lebih longgar dan labuh.

Mengikut sejarah, baju kurung Kedah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajudin. Namun penggunaanya terhad kerana baju kurung ini hanya dipakai oleh golongan bangsawan dan atasan sahaja. Lama-kelamaan, baju kurung kedah telah diterima pakai oleh segenap lapisan masyakarakat dan mereka memakainya ketika di rumah, di sawah atau bersiar-siar di sekitar kampung.

Berkaitan dengan ciri-ciri yang terdapat pada baju kurung kedah, pada bahagian lengan sedikit singkat berbanding baju kurung yang lain. Bahagian lebar lengan juga lebih besar berbanding dengan baju kurung yang lain.

Labuh baju pula hanya sekadar pada paras pinggul sahaja. Kebiasaanya baju kurung Kedah ini longgar dan tidak menampakkan bentuk badan si pemakai. Material yang dipakai juga bersifat tidak jarang.

Jakel menampilkan keluar baju kurung Kedah dengan diberi nama Baju Kurung Kedah Ashena.

Tidak lengkap sekiranya kita hanya mengetahui jenis-jenis baju kurung di Malaysia. Apa kata jenguk pula koleksi baju raya Aaron Aziz dan Kurta Lelaki Nabil