Jakel…Malaysia’s largest textile retailer with the best and most extensive fabrics collections for all your needs since 1985.

Panduan Kepada Fabrik Yang Biasa Digunakan Dalam Membuat Pakaian

1. Kain Kapas

Kain kapas berasal dari tumbuhan kapas dan telah digunakan sejak sekian lama. Ia terkenal dengan rasa lembut pada kulit, itulah sebabnya ia menjadi pilihan popular untuk pakaian. Fabrik kapas adalah fabrik serba guna yang boleh digunakan sama ada untuk dijadikan sebagai baju kurung, baju kasual seperti blouse, baju kemeja dan lain-lain lagi.

    Antara kelebihan kain kapas adalah kain kapas terkenal dengan kelembutan dan keselesaannya, menjadikannya pilihan utama untuk dipakai setiap hari. Kain kapas juga mempunyai kebolehnafasan yang sangat baik bagi membantu dalam mengawal suhu badan, menjadikannya sesuai untuk pakaian cuaca panas. Selain itu, kain kapas boleh menyerap dan mengeluarkan lembapan dengan cepat, memastikan badan kering dan selesa. Untuk pengetahuan semua juga, ia adalah bahan hypoallergenic, menjadikannya sesuai untuk individu yang mempunyai kulit sensitif atau alahan.

    2. Kain Sutera

    Kain sutera mempunyai kualiti semula jadi yang berkilauan yang memberikan penampilan yang mewah dan elegan pada fabrik. Selain itu, kain sutera juga sangat lembut untuk disentuh, menawarkan tekstur yang licin dan lembut apabila dikenakan pada kulit. Berbanding dengan fabrik-fabrik lain, kain sutera ialah fabrik yang ringan tetapi tidak jarang, menjadikannya pilihan terbaik untuk dijadikan sebagai pakaian formal untuk ke majlis. 

      Kain sutera mempunyai banyak kegunaan dan kelebihan. Seperti yang kita tahu, kain sutera merupakan fabrik yang eksklusif dan selalunya diguna pakai untuk dijadikan sebagai pakaian untuk ke majlis-majlis. Namun begitu, kain sutera juga kini dijadikan sebagai sarung bantal kerana kelebihannya yang dapat membuatkan rambut lebih sihat dan kurang gugur. 

      3. Kain Chiffon

      Kain chiffon merupakan fabrik yang ringan dan beralun. Lazimnya kain chiffon banyak dijadikan pakaian tradisional seperti baju kurung, tetapi disebabkan materialnya yang nipis dan jarang, fabrik ini dinasihatkan untuk diletakkan lapisan fabrik agar kelihatan tidak terlalu terdedah. 

        Kain chiffon sering dikaitkan dengan keanggunan, menjadikannya pilihan yang digemari untuk pakaian formal. Banyak koleksi pakaian sopan yang dijadikan daripada kain chiffon seperti jubah, baju kurung, selendang dan macam-macam lagi. Sifatnya yang ringan dan bernafas memastikan keselesaan, walaupun dalam iklim yang lebih panas.

        Sempena Jakel Crazy Sale, Jakel memberikan junaman harga kaw-kaw untuk pelbagai jenis fabrik sehingga 85%. Jadi, kepada anda yang ingin membeli pakaian untuk Hari Raya atau ke majlis-majlis, jemput singgah Jakel sehingga 12 November 2023 okay. Ingat kain, ingat Jakel.