Hari Raya merupakan momen yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan, dan untuk memastikan Hari Raya anda berjalan dengan lancar, ada beberapa langkah persiapan yang boleh anda ikuti.
Persiapan Rumah:
Persiapan rumah dimulai dengan membersihkan dan mengemas ruangan rumah agar tetamu dapat disambut dengan nyaman. Dekorasikan rumah dengan sentuhan suasana Hari Raya, seperti lampu-lampu berwarna dan hiasan bunga yang ceria! Pastikan rumah sentiasa kelihatan bersih bagi memastikan keselesaan para tetamu yang hadir.
Persiapan Makanan:
Seperti biasa, makanan wajib yang perlu ada ketika Hari Raya seperti ketupat, rendang, lotong, kuih raya dan macam-macam lagi! Setiap negeri mempunyai makanan istimewa yang tersendiri. Namun begitu, persiapan makanan untuk Hari Raya tidak mudah dan memerlukan persiapan bahan yang lengkap untuk melancarkan proses memasak. Selalunya, waktu malam Raya para wanita sibuk berhempas pulas di dapur untuk memasak juadah untuk Hari Raya.
Persiapan Peribadi:
Tak lengkap lah Hari Raya tanpa baju raya, betul tak? Kebanyakan keluarga lebih gemar berpakaian sedondon. Di Hari raya, dapat kita lihat kemeriahan keluarga masing-masing dengan busana Raya. Yang lelaki, seperti biasa mestilah berbaju Melayu. Manakala yang perempuan, tampil manis dan anggun berbaju kurung. Yang pasti, semua kelihatan cantik dan segak bergaya!
Solat Sunat Aidilfitri:
Jangan lupa menunaikan solat sunat Aidilfitri! Solat sunat Aidilfitri adalah suatu amalan keagamaan yang dilakukan oleh umat Islam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Solat sunat Aidilfitri ini dilakukan selepas menunaikan solat fardu pagi (Subuh) pada pagi Hari Raya. Amalan ini disunahkan dan menjadi tradisi dalam Islam sebagai ungkapan syukur kepada Allah SWT atas nikmat kemenangan dan kesyukuran setelah sebulan penuh berpuasa. Selalu waktu pagi di hari Raya, meriah masjid dengan orang ramai termasuk kanak-kanak!
Semoga tahun ini, kita dapat menyambut bulan Ramadan dengan penuh barakah dan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kegembiraan. Jika anda belum sempat membuat persiapan Hari Raya, jemput singgah ke mana-mana cawangan Jakel yang berdekatan bagi membeli-belah baju Raya. Sekarang sedang berlangsungnya Flash Sale dengan potongan harga sehingga 85% untuk pelbagai koleksi Hari Raya. Sambil berbelanja, sambil berjiimat! Promosi akan berakhir pada 11 Februari 2024.