Jakel…Malaysia’s largest textile retailer with the best and most extensive fabrics collections for all your needs since 1985.

Pendekatan Kontemporari Kepada Gaya Lelaki

Di era di mana gaya fesyen telah mengalami transformasi dinamik, semakin ramai orang memahami bahawa penampilan merupakan satu bentuk ekspresi diri yang menunjukkan karakter seseorang individu. Dengan pendekatan kontemporari kepada fesyen lelaki, mereka tidak lagi terikat kepada norma konvensional, sebaliknya kini fesyen lelaki semakin dipelbagaikan dan lebih menarik!

1. Keseimbangan Antara Keselesaan dan Gaya

Gaya lelaki kontemporari bukan sahaja melibatkan penampilan yang menarik, tetapi juga keselesaan. Pemilihan pakaian yang dapat mengimbangi antara kepraktisan dan estetika telah membuktikan bahawa gaya yang menarik tidak perlu rumit. Pakaian kasual yang berkualiti tinggi dan dengan padanan yang baik sudah cukup untuk mendapat penampilan yang segak dan bergaya!

2. Gaya Streetwear yang Menyegarkan

Pendekatan kontemporari juga melibatkan penerimaan kepada gaya streetwear yang semakin mendominasi trend fesyen lelaki. Hoodie, kasut sukan, dan aksesori yang bersifat santai tetapi tetap mengikut aliran trend memberikan sentuhan urban kepada pemilihan pakaian harian. 

3. Eksperimen dengan Warna dan Corak

Warna dan corak yang berani menjadi ciri penting dalam gaya kontemporari. Selain memberikan penampilan yang berbeza, ia juga mendedahkan sisi unik si pemakai. Kadangkala kita perlu tampil berani serta bijak menyuntik sedikit perubahan untuk memberikan nafas baru kepada penampilan kita sehari-hari.

4. Kepentingan Aksesori dalam Menonjolkan Gaya

Aksesori bukan lagi sekadar tambahan, tetapi pernyataan dalam gaya kontemporari. Topi, jam tangan, dan kacamata tidak hanya berfungsi sebagai item praktikal, tetapi juga sebagai elemen yang menonjol dalam penampilan. Penambahan aksesori dalam menambahkan dimensi pada sesuatu gaya jika sesuai dengan padanan pakaian.

Jangan lupa dapatkan koleksi pakaian lelaki terbaru di mana-mana cawangan Jakel yang berdekatan dengan anda hari ini. Jakel sedang mengadakan promosi dengan potongan harga sehingga 85% untuk pelbagai barangan seperti kain ela dan RTW sehingga 7 Januari 2024 sahaja! Jemput ajak keluarga singgah Jakel sementara promosi masih ada!