Jakel…Malaysia’s largest textile retailer with the best and most extensive fabrics collections for all your needs since 1985.

Tips Fesyen Busana Muslimah – Cara Menggayakan Abaya

Abaya merupakan pakaian yang menjadi pilihan para wanita bukan hanya kerana gaya sopan yang ditawarkan, tetapi juga dapat menutupi aurat dengan sempurna. Berikut antara tips untuk menjadikan abaya anda lebih menarik untuk digayakan:

1. Abaya Berikat

Tambahkan aksesori seperti tali pinggang atau tali untuk memberikan sedikit bentuk dan potongan kepada pakaian anda. Selain itu, ia juga dapat menghasilkan siluet dan menjadikan bahagian bawah abaya kelihatan kembang dan beralun. Pilih tali pinggang yang berwarna kontra untuk menambahkan warna atau tekstur “pop” pada abaya anda.

2. Penambahan Aksesori

Sebenarnya penambahan aksesori pada pakaian memberikan impak yang ketara sekaligus memberikan kelainan kepada keseluruhan penampilan anda. Perhiasan seperti rantai labuh, anting-anting dan gelang tangan juga dapat memberikan sentuhan glamor dan gaya peribadi.

3. Tudung

Gayakan abaya anda dengan selendang atau tudung bagi mencipta penampilan yang lebih anggun dan sopan. Selendang atau tudung juga boleh digayakan dengan pelbagai cara dan corak ikatan selendang yang berbeza dapat melengkapkan reka bentuk abaya anda.

4. Abaya Berona Ceria

Walaupun abaya hitam sering kali menjadi pilihan kerana mudah untuk digandingkan dengan warna-warna lain, namun jangan takut untuk meneroka pilihan-pilihan abaya yang berwarna-warni atau bercorak. Motif floral dan abstrak boleh menambahkan sentuhan kontemporari dan moden pada abaya anda.

Akhir kata, jangan pernah takut untuk meneroka fesyen dan gunakan kreativiti untuk memadankan elemen yang berbeza untuk disesuaikan dengan gaya peribadi anda. Setiap gaya mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan menampilkan identiti anda. Jadi, teruskan berfesyen sambal mengekalkan gaya yang sopan.