Jakel…Malaysia’s largest textile retailer with the best and most extensive fabrics collections for all your needs since 1985.

Fesyen baju batik viral

Fesyen merupakan satu industri yang tidak kekal sifatnya. Ia sentiasa mengalami reformasi dan revolusi seiring dengan perubahan zaman. Namun, fesyen sentiasa dilihat sebagai suatu yang berpotensi untuk membawa kembali kegemilangan fesyen abad atau dekad yang lalu ke dalam zaman terkini. Antara contoh situasi ini jelas kelihatan dalam penghasilan fesyen baju batik viral.

Gaya Kini dan Dulu

fesyen baju batik viral

Batik merupakan elemen warisan yang masih kekal dalam arena fesyen sehingga kini.Apa yang lebih menarik, ia digemari dan kini menjadi normalisasi dalam pemakaian kebanyakan orang tanpa mengira bangsa, had umur dan juga taraf kehidupan.Busana batik masih kekal sebagai pilihan kebanyakan butik baju raya untuk mempertaruhkan fesyen ini sebagai pilihan koleksi baju raya sepanjang zaman. Pemain industri fesyen haruslah berani dan kreatif untuk menampilkan gaya yang moden dan kontemporari namun masih mengekalkan ‘authenticity’ nya. Oleh itu, konsep’mix-and match’ dilihat sebagai satu kaedah yang berkesan bagi memastikan sesuatu rekaan itu seimbang daripada segi penampilan dan penerimaan masyarakat yang berbeza generasi. Apabila sesuatu fesyen diterima dan dijadikan satu ikutan, ia dilihat sebagai satu kejayaan namun, kecaman dan hentaman juga boleh terjadi dalam dunia fesyen. Perkara ini adalah disebabkan oleh sifat fesyen itu sendiri yang fleksibel dan dinamik.

malaysia batik purple

Terdapat ramai penggiat fesyen tempatan yang tampil berani dalam mempersembahkan hasil rekaan baju raya mereka. Jakel yang masih mengekalkan reka bentuk baju kurung asli namun terdapat sentuhan moden seperti material yang digunakan dan tambahan border lace yang membuatkan si pemakai tampak lebih berseri dan berkeyakinan. Selain itu juga, baju kurung warisan tempatan seperti baju kurung kedah yang menjadi kegilaan sesetengah masyarakat turut mendapat tempat di hati mereka untuk dijadikan baju raya.

Selain itu juga, pengubahsuaian pakaian seperti baju kaftan kepada pakaian yang mesti ada pada setiap wanita di pagi hari raya dilihat sebagai satu kejayaan kepada industri fesyen dalam membuka ruang kepada daya kreativiti dan inovasi luar kotak sehingga dapat mendapat tempat di hati pengguna zaman moden. Bagi golongan Muslimah yang gusar sekiranya baju raya mereka menyukarkan mereka untuk mengambil wudhu’, mereka tidak perlu berperasaan sedemikian lagi kerana kebimbangan mereka itu telah diselesaikan dengan modifikasi kepada bahagian lengan baju yang mana zip akan diletakkan pada bahagian tersebut agar mudah pengguna untuk mengambil wudhu’.Pelbagai gaya dan pengubahsuaian dilakukan seperti menggunakan material pleated, Korean stretchable yang bermotifkan floral dan fabrik cotton polyester yang memberikan efek beralun kepada baju mampu menjadikan busana hari raya menjadi antara salah satu faktor kegembiraan dalam menyambut keriangan Aidilfiri.

Pembuatan dan penghasilan hasil rekaan  dengan modifikasi seperti ini telah jelas membuktikan bahawa aliran fesyen haruslah bersifat dinamik dan mencerminkan zaman terkini namun masih mampu mengekalkan sentimen keasliannya. Industri fesyen baju batik viral dapat menjadi sebuah medium komunikasi antara dekad yang berlalu dengan zaman kini dalam konteks penghasilan busana busana hari raya.