Jakel…Malaysia’s largest textile retailer with the best and most extensive fabrics collections for all your needs since 1985.

Datangnya tahun 2023 merupakan tahun yang menyaksikan trend warna-warna yang lebih segar untuk pengantin baru. Ayuh terokai trend warna baju pengantin 2023!

Trend Warna Baju Pengantin 2023

jakel bridal dress

Tahun baru, trend warna baju pengantin baru! Datangnya tahun 2023 yang kami yakini akan jadi tahun penuh debaran bagi banyak calon pengantin. Pernikahan menjadi momen bersejarah bagi setiap orang, penampilan di hari nan bersejarah itu pun harus benar-benar dipersiapkan dengan semaksima mungkin. Baik dari pengantin perempuan, pengantin lelaki mahupun keluarga si pengantin, hari pernikahan merupakan momen yang dinanti-nantikan. Datangnya tahun 2023 merupakan tahun yang menyaksikan trend warna-warna yang lebih segar untuk pengantin baru. Ayuh terokai trend warna baju pengantin 2023!

warna baju pengantin 2023

Emerald Green

Emerald green atau dalam bahasa Melayunya, Hijau Zamrud, adalah warna kegemaran untuk sepanjang tahun. Tiada kejanggalan ketika memilih hijau zamrud sebagai tema pernikahan anda. Pada tahun 2022, hijau zamrud merupakan salah satu warna yang paling popular untuk hiasan. Kini pada tahun 2023, kami melihat warna hijau semakin berkembang ke dalam industri perkahwinan sebagai warna yang paling popular. Pengantin tahun 2023 boleh menggandingkan hijau zamrud dengan pelbagai palet warna. Merah jambu, biru muda atau perak adalah kombinasi warna yang bagus untuk dipertimbangkan padanan dengan hijau zamrud.

Warna Tanah

Warna Tanah adalah warna baru untuk perkahwinan 2023 dan kami sangat teruja untuk melihat bakal pengantin menggayakan warna ini! Warna tanah terdiri daripada warna campuran daripada oren terakota, hijau tanah, dan tan. Warna tanah masing-masing mempunyai sedikit warna coklat, jadi fikirkan mana-mana warna bumi digabungkan dengan sedikit warna coklat untuk menghasilkan warna tanah yang sempurna untuk perkahwinan anda. Warna tanah tampak klasik bila digabungkan dengan sedikit dengan kemasan warna keemasan.

Lavendar

Warna Lavender kembali semula sebagai warna perkahwinan yang bergaya untuk tahun 2023. Lavender melambangkan keanggunan dan kecantikan. Ia adalah warna yang menarik untuk diterapkan ke dalam palet warna hari perkahwinan anda. Lavendar juga termasuk di dalam warna yang bakal menggegarkan 2023! Pastikan anda merisik wedding consultant anda jika dia ada set baju pengantin berwarna lavendar!

warna baju pengantin 2023

Dusty Rose

Dusty Rose ialah pilihan warna perkahwinan yang popular di kalangan pengantin tahun 2023. Sama ada Dusty Rose adalah warna utama anda, atau warna sampingan, ia merupakan pilihan warna yang bagus untuk perkahwinan yang abadi dan elegan. Warna yang seakan-akan pink dan purple ini pastinya menampakkan kelainan untuk si pengantin baru ini. Tona warna yang lembut seakan-akan si pemakai berada di awangan. Gabungan warna Dusty Rose dengan jaluran warna merah menggambarkan si pemakai mempunyai kesungguhan di dalam kelembutan.

warna baju pengantin 2023

Sage Green

Sage Green ialah warna hijau yang cantik untuk diterapkan ke dalam palet warna perkahwinan anda. Sama ada anda memilih tempat dalaman atau luaran, sage green pasti akan menaikkan seri perkahwinan anda dan kelihatan hebat dalam foto.Pengantin boleh memilih untuk memadankan sage green dengan rona hijau, emas, biru laut atau merah jambu yang lebih gelap. Sage Green sangat compliment dan kelihatan anggun dengan pelbagai kombinasi warna yang berbeza.

Navy Blue

Navy Blue adalah warna perkahwinan klasik yang boleh dimasukkan ke dalam mood palet perkahwinan anda. Ia telah menjadi warna perkahwinan yang menjadi trend selama beberapa tahun dan ia popular sekali lagi untuk majlis perkahwinan tahun 2023. Navy Blue bergandingan dengan baik dengan mana-mana keadaan. Berpaksikan motif biru iaitu ketenangan, si pengantin bakal menggegarkan pelamin raja sehari. Kelembutan dan kesegakkan mempelai perempuan mahupun lelaki, mengajak pengunjung untuk bergambar dengan mereka. Tarikan warna biru menyatakan bahawa raja sehari ini akan tenang melayari bahtera perkahwinan.

Penulis menganggarkan pasangan pengantin baharu akan bersama-sama meneliti dan bermesyuarat dengan pasangan masing-masing. Majlis sehari ini pastinya memberi kenangan yang indah buat kedua mempelai sehingga ke akhir hayat. Semoga pengantin-pengantin baru dapat memilih warna baju pengantin untuk majlis perkahwinan mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai baju pengantin, layari butik online Jakel atau kunjungi mana-mana cawangan Jakel terdekat di rumah anda.