Jakel…Malaysia’s largest textile retailer with the best and most extensive fabrics collections for all your needs since 1985.

Kita juga tak mahu penampilan kita semasa jamuan makan malam menjadi buah mulut orang. Mengekspresikan diri anda melalui pakaian jamuan waktu malam dan mempamerkan gaya unik akan memberi inspriasi kepada orang lain. Padanan baju makan malam yang formal, kasual mahupun santai akan merubah suasana pada jamuan malam itu.

Etika Pakaian Untuk Jamuan Makan Malam

baju makan malam

Sering kali kita diundang untuk jamuan makan malam, apatah lagi jamuan hari raya yang kadang-kadang dibuat pada waktu malam. Mungkin jemputan dari sanak-saudara, jiran tetangga, majikan mahupun badan korporat. Kita juga tak mahu penampilan kita semasa jamuan makan malam menjadi buah mulut orang. Mengekspresikan diri anda melalui pakaian jamuan waktu malam dan mempamerkan gaya unik akan memberi inspriasi kepada orang lain. Padanan baju makan malam yang formal, kasual mahupun santai akan merubah suasana pada majlis makan malam itu.

baju makan malam

Jamuan Makan Malam Korporat

Salah satu entiti yang kita akan bersama-sama menikmati jamuan makan malam adalah melalui entiti korporat. Apatah lagi sekiranya kita ini merupakan pendiri bisnes, pendukung bisnes, penggerak masyarakat mahupun pekerja bawahan. Kebiasaannya majlis jamuan makan malam korporat mempunyai kod tertentu yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Apa pakaian yang sesuai untuk jamuam makan malam korporat? Pakaian yang berwarna gelap atau hitam sesuai dipakaikan ketika itu. Ini kerana kebiasaanya jamuan akan diadakan di dalam dewan banquet yang bersifat dingin dan penataan cahaya yang terang. Pakaian yang bersifat gelap juga akan menyerap kesejukan malam yang bagi sesetengah orang yang tak tahan kepada kesejukan.

baju kurung moden premium

Jamuan Makan Malam Santai

Kadang-kala ada ketikanya jamuan korporat bersifat santai. Mungkin untuk meraikan hari jadi, hari penubuhan syarikat atau mungkin untuuk meraikan kejayaan syarikat. Jamuan makan malam bersifat santai ini biasanya dibuat di sekitar kelab golf, atau di tepi kolam renang hotel. Makanan yang dihidangkan juga rata-rata dimasak di tempat itu dan kita perlu berhati-hati supaya tidak mengambil makanan yang terlalu banyak di atas pinggan kita, dikhuatiri akan tertumpah di baju makan malam kita mahupun baju kawan-kawan kita. Bersifat gelap sangat sesuai untuk majlis makan malam santai.

baju makan malam

Jamuan Makan Malam Perkahwinan

Bagi meraikan raja sehari, alangkah moleknya kita pakai sewarna dengan raja sehari. Tampilkan keceriaan buat pengantin baru kita dengan warna-warna yang sedondon dengan dia. Maklumlah, raja sehari kita ni sehari je. Buatlah yang terbaik untuk dia. Dia mungkin abang kita, adik perempuan kita, kawan rapat kita atau kawan sekolah kita. Raikan dengan penuh kegembiraaan dan suasana yang harmonis. Ditambah pula dengan juadah makan malam yang sangat lazat, pastinya menyimpan 1001 memori yang terindah buat raja sehari.

baju melayu moden ekslusif